Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu Waspada



Walaupun dilihat mudah untuk melepasi halangan diperingkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim ini yang akan bermula selepas Aidilfitri nanti. Skuad Penyu tidak akan memandang rendah serta ambik mudah terhadap kemampuan dan keupayaan setiap pasukan dalam kumpulan B yang diundi bersama-sama Negeri Sembilan, PKNS FC serta Sime Darby FC. Musim lalu Skuad Penyu hanya mampu mara ke peringkat suku akhir sebelum dikecewakan Sang Kenari

Irfan Bakti berkata selaku juara Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini bukanlah satu jaminan untuk pasukannya bergelar juara kumpulan. Beliau sentiasa mengingatkan anak-anak buahnya supaya melupakan kemenangan lalu dan fokus kepada perlawanan seterusnya. Irfan Bakti menganggapkan Negeri Sembilan merupakan saingan paling sengit kepada anak-anak buahnya diperingkat kumpulan ini.

Walau bagaimanapun beliau optimis Skuad Penyu mampu mara lebih jauh dalam kancah Piala Malaysia musim ini dan akan cuba untuk atasi percapaian musim lalu. Irfan Bakti kini sedang meneliti beberapa pemain dari pasukan lain untuk diserapkan ke Skuad Penyu dalam usaha mengukuhkan lagi jentera tengahnya. Beliau berkata Skuad Penyu memerlukan perancang bahagian tengah dan akan hanya mengambil pemain yang betul-betul boleh bermain diposisi ini.

Dengan pengalaman luas selaku jurulatih, beliau ingin membantu Skuad Penyu membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Terengganu buat kali kedua. Skuad Penyu pernah menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2001 di bawah bimbingan Mat Zan Mat Aris yang menewaskan Perak 2-1 hasil jaringan daripada Rosdi Talib dan Sapian Wahid.  




No comments:

Post a Comment