Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Ong Kim Swee Uji 5 Muka Baru



Dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta Indonesia November ini. Jurulatih Skuad B-23 Negara Ong Kim Swee telah menyenaraikan 21 pemain bagi menjalani latihan pusat di Wisma FAM bermula semalam.
Daripada senarai tersebut 5 muka baru dipanggil oleh Ong Kim Swee iaitu Azrul Azmi, D.Saarvindran (Felda United), Syazwan Roslan (Perak), See Kok Luen (Kuala Lumpur) serta Abdul Aziz Ismail (Kelantan). Sepanjang latihan ini Ong Kim Swee akan lebih memberi fokus kepada 5 pemain baru yang disenaraikannya ini berbanding pemain-pemain yang lain. Ini adalah kerana 5 pemain ini akan di nilai dalam semua aspek bagi memastikan sama ada mereka betul-betul layak untuk beraksi di peringkat antarabangsa ataupun tidak walaupun persembahan ketika bersama pasukan masing-masing cukup memberangsangkan.
Jelas Ong Kim Swee penilaian tersebut turut memberi impak kepada kunjungan Skuad Negara ke Hanoi yang akan menyertai kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama 5 hari bermula 19 Oktober ini. Jika prestasi 5 pemain baru ini tidak memuaskan mereka akan digugurkan sebelum ke Hanoi dan tidak perlu menunggu sehingga bermulanya Sukan SEA nanti. Di samping itu Ong Kim Swee mengingatkan kepada semua pemain sedia ada supaya tidak mengambil mudah sepanjang sesi latihan yang di jalankan, ini kerana tempat mereka belum terjamin untuk ke Sukan SEA.
Sepanjang kejohanan di Hanoi itu nanti Skuad B-23 Negara akan menentang Skuad B-23 Uzbekistan pada 19 Oktober, diikuti Skuad B-23 Indonesia 21 Oktober dan Skuad B-23 Vietnam 23 Oktober.


No comments:

Post a Comment