Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha Kembali Teraju Jentera Serangan



Gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha di jentera serangan Harimau Malaya kembali menjadi taruhan Datuk K Rajagobal dalam aksi persahabatan menentang Australia 7 Oktober ini di Canberra

Pada beberapa perlawanan sebelum ini Norshahrul Idlan Talaha terpaksa disisihkan daripada Skuad Harimau Malaya akibat mengalami kecederaan hamstring yang menyaksikan Malaysia gagal ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia. Kehadiran semula dua penyerang utama ini sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanahair selepas harapan untuk melihat penggempur yang di geruni ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu tidak kesampaian dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Bagi Safee Sali ini adalah satu perkembangan yang baik untuk pasukan dan turut teruja untuk kembali beraksi bersama Norshahrul Idlan Talaha yang menyifatkan seorang pemain yang bagus dan memiliki skill individul yang tinggi. Kali terakhir 2 pemain ini beraksi bersama adalah pada aksi persahabatan ketika menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam Februari lalu.

Menurut Datuk K Rajagobal, beliau tidak sabar untuk melihat semula 2 pemain ini bergandingan menerajui jentera serangan dan berharap mereka dapat beraksi dengan baik. Tambah Datuk K Rajagobal lagi pertemuan dengan pasukan bertaraf dunia seperti Australia ini adalah pendedahan terbaik buat anak buahnya mendapat pengalaman dan beliau akan menilai setiap kemampuan pemainnya dari aspek teknikal, mental serta fizikal.

Pertemuan dengan Australia ini juga bakal menjadi medan ujian buat Datuk K Rajagobal yang akan mempersiapkan Skuad Harimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun depan.



No comments:

Post a Comment