Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Laluan Sukar Buat Terengganu



alam misi memburu kejuaraan Piala Malaysia musim ini, Skuad Penyu dilihat menghadapi laluan sukar apabila juara bertahan yang juga Juara Liga Super 2011 Kelantan menanti mereka di peringkat suku akhir. Apa yang menariknya pertembungan yang dijadualkan pada 10 dan 14 Oktober itu nanti diibaratkan sebagai ulangan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil Jun lalu yang menyaksikan Terengganu muncul sebagai juara.
Bagi jurulatih Terengganu Irfan Bakti, Kelantan merupakan sebuah pasukan terbaik negara yang mana mempunyai pemain yang berkualiti dan lengkap di semua posisi. Oleh itu Terengganu tidak boleh lari daripada hakikat ini dan perlu berdepan mereka dengan kekuatan yang ada. Walaubagaimana pun Irfan Bakti menjelaskan Terengganu tidak perlu tertekan dalam perlawanan itu nanti kerana pasukannya juga mempunyai pemain yang berkualiti dan berwibawa.
Irfan Bakti berkata beliau akan menilai semula prestasi semua pemainnya kerana ada beberapa pemain yang gagal memberikan aksi terbaik dalam perlawanan sebelum ini. Di samping itu beliau juga mengharapkan penyokong Skuad Penyu akan terus memberi sokongan kepada pasukanya terutama ketika berdepan Kelantan di Kuala Terengganu 10 Oktober ini.



No comments:

Post a Comment