Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu, T-Team Tempah Slot Suku Akhir


Setelah mengharungi 5 perlawanan diperingkat kumpulan, Skuad Penyu dan T-Team menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Pada perlawanan malam tadi kedua-dua pasukan mencatat keputusan yang berbeza, skuad bimbingan Irfan Bakti menang ke atas PKNS FC 1-0 manakala T-Team hanya seri 1-1 dengan Kuala Lumpur.

Skuad Penyu yang bertandang ke Stadium MPBJ kelana Jaya dengan misi mencatat kemenangan bermula garang dengan asakan bertali arus ke kubu PKNS FC. Ismail Faruqi berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi sepakan percuma. Selepas jaringan ini Skuad Penyu mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol namun ketumpulan barisan depan mengagalkan hasrat tersebut.

Sementara itu keputusan 1-1 sudah cukup melegakan jurulatih T-Team Yunus Alif yang mana daripada 3 pertemuan sebelum ini berpihak kepada Kuala Lumpur. T-Team terlebih dahulu di depan menerusi Indraputra pada minit ke-26 setelah merembat bola ke gawang gol hasil daripada sepakan penjuru. Namun jaringan ini tidak kekal lama apabila Kuala Lumpur menyamakan kedudukan pada minit ke-46 menerusi Azwan Bakri. Tersentak dengan gol penyamaan ini T-Team terus mengandakan serangan ke kubu Kuala Lumpur dan beberapa peluang terbaik hadir untuk menambahkan jaringan tetapi tiang gol menjadi penghalang.

Pada perlawanan terakhir Selasa ini, Terengganu akan menentang Negeri Sembilan di Kuala Terengganu manakala T-Team berkunjung ke Paroi untuk menghadapi PDRM. Perlawanan ini nanti akan menentukan siapa yang akan menjadi juara kumpulan masing-masing.


No comments:

Post a Comment