Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Joe Ingin Buktikan Kemampuan


Pemain sayap Skuad Penyu Joseph Kalang Tie yang kali kedua menyarung jersi Harimau Malaya ingin membuktikan keupayaan serta kemampuannya dalam pertemuan dengan Australia dalam satu aksi persahabatan jumaat ini. Joe yang bakal mengisi posisi yang ditingggalkan bekas ketua pasukan Safiq Rahim yakin mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pengalaman bersama Skuad Harimau Malaya ketika pertemuan dengan Chelsea pada 21 Julai lalu akan digunakan sepenuhnya bagi membantu pasukan mencipta keputusan yang positif.

Joe menjelaskan dapat beraksi bersama Skuad Harimau Malaya merupakan satu pendedahan yang baik kerana dapat meningkatkan taraf serta mutu permainan untuk dirinya. Walaupun ini merupakan satu perlawanan persahabatan beliau akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya kerana bukan senang dapat menentang pasukan kuat seperti Australia. Beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk K.Rajagobal kerana memberi peluang dan kepercayaan kepadanya. Menentang Australia memang satu tugas yang amat sukar namun beliau berazam akan cuba sedaya upaya mempamerkan aksi terbaik dalam pertemuan itu nanti. 

No comments:

Post a Comment