Skuad Harimau Malaya kini sudah bersiap sedia dan bersemangat tinggi bagi membuat pertembungan dengan salah satu gergasi Asia, Australia dalam aksi persahabatan antarabangsa esok. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Canberra, Australia pada jam 8.00 malam dan 5.00 petang waktu Malaysia .
Datuk K.Rajagobal menyatakan pemainnya tidak menghadapi sebarang tekanan malah lebih bersemangat untuk menentang pasukan yang berada di ranking ke 19 dunia itu. Dalam perlawanan ini tiada apa yang perlu dipikul oleh anak buahnya sebaliknya akan turun dengan aksi lebih tenang dan bakal mempamerkan persembahan terbaik. Tambah beliau apa yang penting, mahu melihat perkembangan prestasi setiap pemainnya kerana ini adalah salah satu proses pemilihan pemain untuk membina sebuah pasukan yang lebih mantap.
Sementara itu penyerang utama negara Safee Sali mengakui bukan mudah untuk melakukan kejutan ke atas Australia namun beliau dan juga rakan-rakanya yang lain tekad mahu melakarkan sesuatu yang positif. Tambah beliau pengalaman menjalani latihan bersama Cardiff City akan dimanfaatkan bagi membantu Skuad Harimau Malaya dalam pertemuan itu nanti. Mengenai gandingannya dengan Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali menjelaskan tiada masalah kerana sudah masak dengan corak permainan masing-masing walaupun tempoh latihan bersama agak singkat.
Bagi Norshahrul Idlan Talaha pula bermain bersama Safee Sali dihadapan tidak mempunyai masalah namun melahirkan sedikit kerisauan mengenai persefahaman dengan pemain baru dibahagian tengah. Katanya beliau belum serasi sepenuhnya dengan pemain baru terutama di bahagian ini tetapi yakin dengan kemampuan pemain ini untuk menyesuaikan diri dengan rentak serta corak permainan pemain lain.
Baru-baru ini Datuk K.Rajagobal membuat sedikit rombakan dengan tidak menyenaraikan beberapa pemain utama yang berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki tahun lepas termasuk kapten pasukan Safiq Rahim. Bagi peminat bola sepak tanah air jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan ini di Astro Arena Saluran 801 jam 5.00 petang esok.
No comments:
Post a Comment