Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Akhiri Aksi Final Selepas 10 Tahun



Terengganu berjaya melangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 menentang Negeri Sembilan pada 29 Okteber ini di Stadium Shah Alam. Kali terakhir Terengganu ke pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2001 dibawah bimbingan Mat Zan Mat Aris. Ketika itu Skuad Penyu mencipta sejarah buat pertama kalinya membawa pulang piala paling berprestij ini ke bumi Terengganu. Anak buah Irfan Bakti melangkah dengan penuh bergaya apabila mengenepikan 2 gergasi bola sepak negara. Skuad Penyu berjaya menewaskan Gergasi Merah di separuh akhir dengan aggregat 4-1 yang mana sebelum itu di peringkat suku akhir telah menewaskan The Red Warriors aggregat 5-3.

Lebih Manis musim ini merupakan final kedua buat Terengganu dan berpeluang memburu kejuaraan berganda selepas memenangi Piala FA Jun lalu. Namun hasrat peminat bola sepak Terengganu untuk menyaksikan 2 pasukan dari negeri ini beraksi sesama sendiri di pentas final tidak kesampaian apabila T-Team ditunjuk jalan keluar oleh Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun mara ke separuh akhir merupakan satu kejayaan buat T-Team yang mana sebelum ini hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan sahaja.


No comments:

Post a Comment