Malam ini merupakan penentuan bagi kedua-dua pasukan dari Terengganu (Terengganu dan T-Team) untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Skuad Penyu yang berbekalkan 2 jaringan dilihat tidak mempunyai tekanan untuk berdepan Selangor tambahan pula bermain di depan penyokong sendiri. Namun tugas berat menanti T-Team di Paroi untuk mengubah nasib menafikan Negeri Sembilan ke perlawanan akhir.
Terengganu sudah pasti akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri bagi mengekang setiap asakan Selangor dan tidak sekali-kali melepaskan peluang untuk menjaringkan gol. Irfan mengingatkan kepada para pemainnya agar tidak memastikan pasukan Selangor dapat menjaringkan gol lebih awal kerana ini akan menyentap semangat pemain Terengganu itu sendiri.
Tambah Irfan lagi Selangor sudah pasti akan turun bermati-matian untuk menamatkan defisit 2-0, oleh itu pemain Terengganu perlu mengekang setiap asakan lawan dan tidak boleh leka kerana ia boleh mengundang padah. Irfan juga tidak mahu para pemainya memandang rendah terhadap keupayaan Selangor walaupun Terengganu dilihat sudah berada sebelah kaki di perlawanan akhir. Pada perlawanan malam ini Irfan akan menurunkan kesebelasan yang sama ketika mengalahkan Selangor pada separuh akhir pertama Selasa lalu.
Sementara itu jurulatih T-Team Yunus Alif akan memastikan pasukannya berhabis-habisan pada malam ini kerana tempoh 90 minit ini akan menjadi penentu peluang T-Team ke perlawanan akhir musim ini. Yunus berkata walaupun ketinggalan dengan jaringan 4-2 peluang pasukannya masih ada dan tidak mustahil dapat mengubah defisit jaringan ini kerana dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku.
Apa pun dalam memburu jaringan Yunus menasihatkan para pemainnya supaya bermain berhati-hati dan tidak membuat kesilapan kecil karana ianya akn memberi ruang serta peluang kepada lawan menjaringkan gol. Di samping itu ketiadaan Indra Putra sedikit merencatkan jentera serangan namun Yunus yakin dan percaya dengan kemampuan pemain lain. Beliau akan mengatur strategi serta formula terbaik bagi menghadapi Negeri Sembilan malam ini
.
.
No comments:
Post a Comment