Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Jangan Leka ~ Irfan Bakti



Bekalan 2-0 mengatasi Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011 selasa lalu bukannya satu jaminan untuk Terengganu mara ke perlawanan akhir. Jurulatih Terengganu Irfan Bakti berkata pasukannya tidak boleh terlalu selesa dengan situasi ini kerana masih ada 90 minit lagi yang perlu di tempuhi. Beliau mengakui 2 gol yang di perolehi dalam perlawanan pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari bukanlah modal besar sehingga membolehkan anak buahnya mengambil mudah perlawanan kedua di Kuala Terengganu sabtu nanti.
Justeru Irfan menuntut sepenuh komitmen daripada anak buahnya dalam perlawanan itu nanti bagi memburu tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 29 Oktober ini. Irfan menjelaskan sekarang bukannya masa untuk berpuas hati dengan kejayaan ini dan mengingatkan anak buahnya jangan bersikap terlalu angkuh serta sombong malah perlu cekalkan hati kerana perjuangan masih belum selesai.
Sementara itu Irfan memuji aksi keseluruhan anak buahnya menentang Selangor selasa lalu terutamanya Reshafiq Alwi dan Ahmad Nordin yang berjaya mengemudi jentera tengah pasukan. Inilah barisan terbaik Terengganu yang di sifatkan beliau telah mempamerkan satu mutu permainan luar biasa sejak kebelakangan ini.


No comments:

Post a Comment