Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

8 Pemain Sertai T-Team



T-Team telah mendapatkan khidmat 8 pemain baru bagi memperkuatkan lagi pasukan dalam mengharungi musim 2012. Antara pemain tersebut adalah Fadzli Shaari, Iqbal Suhaimi (Selangor), Azmizi Azmi, Faiz Subri. Wan Khairul Wan Kamaruddin (Perlis) serta Wan Mohd Alif Wan Jasmin, Hassan Basri, Zharif Hasna (Terengganu).

Jurulatih T-Team Yunus Alif menjelaskan kesemua pemain ini telah bersetuju untuk menyarung jersi T-Team pada musim depan dan kini di peringkat akhir rundingan kontrak. Beliau berharap dengan kehadiran pemain ini, T-Team akan menjadi antara pencabar utama Liga Super musim depan.

Selain itu T-Team juga berjaya mendapatkan khidmat seorang penyerang import dari Zambia iaitu Zacharia Simokonda. Buat masa ini hanya pemain ini sahaja yang menarik perhatian pihak pengurusan T-Team setelah melakukan ujian terhadap beberapa pemain import dan berkemungkinan akan menyenaraikan seorang atau dua lagi pemain import.



No comments:

Post a Comment