Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Aksi Affize Memukau




Pemain bek kiri Skuad Harimau Muda, Mohd Affize Faisal Mamat adalah antara tunjang kekuatan Malaysia ketika pertemuan dengan Bahrain semalam. Malah diawal permainan ada yang tidak yakin dengan keupayaan serta kemampuan pemain yang berasal dari Terengganu ini apabila Ong Kim Swee menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.


Sebelum ini Affize banyak memanaskan bangku simpanan selepas kehadiran Zubir Azmi di posisi bek kiri. Dalam perlawanan semalam Ong Kim Swee telah membuat perubahan dengan menukar posisi asal Affize iaitu meletakkannya sebagai pemain tengah bertahan. Aksinya yang berjaya menyekat pemain lawan menjadi salah satu faktor pasukan Bahrain tidak boleh bergerak bebas. Beberapa hantaran bola pihak lawan dapat dipatahkan Affize ketika melancarkan serangan.

Ketiadaannya bersama Nazmi Faiz selepas dikeluarkan akibat kecederaan menyebabkan pasukan serba tidak menjadi terutamanya dibahagian tengah dan inilah titik tolak kepada kekalahan Skuad Harimau Muda.

Kepada Affize Selamat Maju Jaya…!!!!



No comments:

Post a Comment