Tugas lebih getir menanti skuad B-23 negara malam ini apabila bertemu Syria dalam saingan Kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setelah tewas kepada Jepun 0-2 dalam perlawanan pertama Ong Kim Swee sudah pasti mengharapkan keputusan yang positif dalam perlawanan ini.
Kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA 2 hari lalu akan dijadikan motivasi serta mood terbaik para pemain menjelang perlawanan tersebut lebih-lebih lagi beraksi ditempat sendiri. Walaubagaimanapun kepenatan serta kecederaan mungkin menjadi penghalang utama kepada para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik mereka. "Para pemain saya kini sedikit penat. Jadi saya berharap peminat boleh menjadi pemangkin kepada semangat mereka bagi mengekalkan prestasi terbaik dari Jakarta. Secara realistiknya saya mengharapkan keputusan yang bagus daripada permainan itu nanti dan pastinya menginginkan tiga mata penuh," Jelas Ong Kim Swee.
Sepanjang berada di Indonesia skuad B-23 menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Namun dengan berkat kesungguhan serta semangat yang membara semua pemain dan pegawai berjaya mengharunginya dengan tenang. Semangat inilah yang perlu diterjemahkan sekali lagi oleh para pemain malam ini dihadapan penyokong sendiri agar kegemilangan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika saingan Piala AFF tercipta kembali. Ong Kim Swee belum lagi menentukan kesebelasan utama yang bakal diturunkan kerana beliau ingin menilai tahap kecergasan para pemain dalam latihan terakhir nanti. Apa yang sudah pasti Wan Zack Haikal, Izzaq Farris Ramlan, Syahrul Azwari, Wan Zaharul Nizam masih lagi dalam kecederaan.
Sementara itu kapten pasukan Khairul Fahmi Che Mat meminta rakan sepasukannya melupakan seketika kejayaan di Indonesia sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada perlawanan dengan Syria. Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek menyatakan misi lebih penting malam ini iaitu mengejar impian mara ke Temasya Sukan Olimpik London 2012. Oleh itu walaupun penat dengan jadual perlawanan yang padat sebelum ini ia bukannya alasan untuk tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari kemenangan pada perlawanan itu nanti.
No comments:
Post a Comment