Anak buah Ong Kim Swee gagal meneruskan rentak kecemerlangan di Sukan SEA pada saingan Kelayakan Olimpik London 2012 apabila tewas kepada Syria 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Sambutan hangat penyokong terhadap kedua-dua pasukan cukup berbeza situasinya sepertimana yang di terima Skuad Harimau Muda ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini cukup membanggakan.
Syria jelas di lihat menguasai perlawanan dengan asakan demi asakan ke kubu Malaysia seawal minit pertama lagi. Namun kekentalan barisan pertahanan serta penjaga gol Malaysia tenang menyerap setiap asakan dan menafikan hasrat Syria untuk mencipta jaringan terutamanya di separuh masa pertama. Meskipun tampak keletihan anak buah Ong Kim Swee tetap menampilkan permainan yang menyakinkan dan berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan pelawat.
Kehadiran Wan Zack Haikal selepas pulih daripada kecederaan banyak membantu jentera serangan Harimau Muda. Peluang terbaik untuk menjaringkan gol hadir menerus Fakri namun rembatannya tepat menuju ke arah penjaga gol Ibrahim Alma. Begitu juga tandukan Wan Zack Haikal melalui sepakan percuma Fandi Othman sekadar melewati palang gol.
Solaiman akhirnya memecah kebuntuan apabila memperolehi gol pertama Syria pada minit ke 51 setelah menanduk bola hasil sepakan penjuru menewaskan Khairul fahmi. Jaringan ini ternyata menyuntik semangat Syria untuk menggandakan asakan tetapi kecemerlangan Khairul Fahmi sekali lagi menggagalkan beberapa percubaan mereka. Nassouh Nakkdali memadamkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata apabila mudah menolak masuk gol kedua Syria pada minit ke 88 ekoran kesilapan pemain pertahanan Muslim Ahmad.
Selepas mengharungi 2 perlawanan Syria di tangga teratas Kumpulam C dengan 6 mata Jepun kedua juga 6 mata dan di ikuti Malaysia serta Bahrain tanpa sebarang mata. Pada perlawanam terakhir pusingan pertama Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium yang sama Ahad ini.
No comments:
Post a Comment