Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Penyu Uji Awang Import


Dalam mengharungi saingan Liga Malaysia dan juga kejohanan AFC musim  depan Terengganu kini sedang rancak mencari beberapa pemain import untuk diserapkan ke pasukan. Pemain import diperlukan bagi membantu serta memantapkan lagi Skuad Penyu dalam menghadapi saingan yang lebih mencabar terutamanya di kejohonan AFC.

Buat masa ini 3 pemain telah diuji oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu iaitu 2 dari Rusia (bakalenko Mikhail, ivanoc sergey) dan seorang dari Ghana (Frank Boateng). PBSNT memberitahu selepas ini ramai lagi pemain import yang akan tiba ke Terengganu untuk diuji terutamanya dari Argentina, Brazil dan juga Nigeria.

Sementara itu Pengurus Pasukan Terengganu Sheikh Tajudin Sheikh Yusof menjelaskan pemilihan pemain import tidak akan dilakukan secara terburu-buru. PBSNT akan menilai dari semua aspek bagi memastikan pemain import ini betul-betul berkualiti dan yang paling penting memenuhi kreteria yang ditetapkan.





No comments:

Post a Comment