Skuad Harimau Muda perlu memenangi perlawanan dengan Bahrain malam ini jika ingin beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan. Jika tewas dalam pertemuan ini nanti hasrat untuk melihat skuad negara beraksi di pentas olimpik mungkin semakin tipis.
Oleh itu jurulatih negara, Ong Kim Swee mengarahkan anak buahnya turun habis-habisan dengan corak menyerang bagi memastikan 3 mata penuh diperolehi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. "saya mahu pemain menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir. Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang kita untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan," jelas Kim Swee. Namun begitu beliau tetap waspada dengan kehadiran Bahrain yang juga memasang impian ingin memenangi perlawanan ini yang mana mereka memiliki corak permainan yang laju serta hantaran bola yang baik.
Sementara itu Kim Swee turut lega setelah melihat beberapa pemain semakin cergas selepas tampak keletihan menghadapi perlawanan dengan Syria tempoh hari. Namun ada beberapa pemain tonggak yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan iaitu Muslim Ahmad, Irfan Fazail dan Syahrul Azwari. Kim Swee berharap pemain-pemain ini sempat pulih sebelum perlawanan bemula terutamanya Irfan Fazail yang akan digandingkan bersama Nazmi Faiz di bahagian tengah.
No comments:
Post a Comment