Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Zubir Mahu Pamer Aksi Terbaik



Pertahanan Skuad Olimpik Zubir Azmi berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik dalam pertemuan dengan Bahrain malam ini. Walaupun sepanjang saingan Sukan Sea hanya sekali diturunkan iaitu di perlawanan akhir ianya sedikit pun tidak menjejaskan Zubir untuk beraksi cemerlang. Ini terbukti dengan aksi yang dipamerkan dalam perlawanan tersebut dan juga dalam Kelayakan Olimpik menentang Syria rabu lalu.

Dalam perlawanan tersebut kelibat Zubir harus dipuji kerana aksi cemerlangnya berjaya mengekang setiap asakan Syria. “Keletihan amat dirasai pada pertemuan menentang Syria, selepas rehat yang secukupnya saya sudah cergas dan akan memberikan yang terbaik menentang Bahrain,” Zubir Azmi. Dalam pada itu pemain yang berusia 20 ini menyatakan tahap keyakinan serta kecergasannya semakin meningkat sejak bersama Skuad Olimpik Negara.



No comments:

Post a Comment