Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Farhan, Indra, Haris Tinggalkan T-Team



Dalam menghadapimusim 2012, T-Team menerima perkhabaran buruk apabila 3 pemain utama mereka disahkan akan meninggalkan pasukan. 3 pemain tersebut adalah Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin serta Haris Safwan Kamal.

Ketiga-tiga mereka telah meminta daripada pihak pengurusan untuk dilepaskan. Norfarhan dan Indra dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan ATM manakala Haris pula mendapat tawaran daripada Sabah. Pihak pengurusan menghormati serta akur dengan keputusan ketiga-tiga mereka untuk dilepaskan walaupun mereka merupakan tonggak utama pasukan.

T-Team juga membuat keputusan untuk menggugurkan 6 pemain iaitu Subri Sulong, Sazlan Alias, Kamal Rodiarjat, Amzar Junaidi Abdul Jalil, Rosli Muda dan Ismail Abdul Rahman. Sementara itu Yunus Alif masih lagi diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan T-Team untuk terus membimbing pasukan bagi menghadapi saingan musim depan.



No comments:

Post a Comment