Penyerang utama Skuad Penyu Manaf Mamat di khabarkan telah di lamar oleh beberapa pasukan Liga Super untuk saingan musim 2012. Namun pemain berusia 24 tahun ini ternyata masih sayangkan negeri kelahiranya dan ingin terus menabur bakti bersama Skuad Penyu.
Manaf menyatakan setakat ini tiada keinginan di hatinya untuk berhijrah ke pasukan lain kerana Terengganu lah yang banyak melonjakkan namanya di persada bola sepak negara. Banyak kemahiran serta pengalaman di perolehi sepanjang bersama Skuad Penyu sehingga berjaya ke tahap sekarang.
"Memang ada beberapa negeri memberi tawaran kepada saya namun saya terpaksa menolak tawaran itu hati saya masih kuat untuk bersama Terengganu," Manaf Mamat.
hopefully..manaf mamat akan sentiasa bersama skuad penyu....hope next season..tganu berjaya memburu piala fa, liga super and piala malaysia...peteh ganu peteh..
ReplyDelete