Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Penyokong Desak Che Mat Letak Jawatan



Kira-kira 1,000 penyokong bolasepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman mendesak supaya Datuk Che Mat Jusoh meletakkan jawatan sebagai presiden PBSNT. Desakan ini dianggap kemuncak kepada rasa tidak puas hati penyokong terhadap corak kepimpinan Che Mat selama ini, selain meminta penjelasan di sebalik isu pengunduran Irfan Bakti ke Selangor.

Demonstrasi yang diadakan dihadapan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah sebelum berarak menuju ke kediaman Menteri Besar di Sri Iman, di Batu Burok adalah untuk menyerahkan memorandum agar MB segera campur tangan dengan melakukan rombakan semula PBSNT termasuk melantik pengurusan baru demi masa depan bola sepak Terengganu. Selain itu para penyokong juga meminta MB menyiasat pengurusan PBSNT kerana mendakwa berlaku penyelewengan serta permasalahan dalaman terutamanya disebalik pengunduran Irfan Bakti. Sebelum ini Irfan Bakti pernah memberi kenyataan yang mendakwa wujud gangguan emosi para pemainnya 3 hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung.


Salah seorang penyokong menjelaskan sudah 13 tahun Che Mat menerajui PBSNT dan kini sudah tiba masanya meletakkan jawatan dengan memberi laluan kepada muka baru. "Kami tak kisah siapa saja jadi presiden PBSNT, yang penting dia adalah seorang yang berwibawa serta komitmen tinggi untuk membawa kemajuan dalam sukan bola sepak di Terengganu. Kita nak tengok sukan bola sepak di Terengganu maju, jadi kita harap Menteri Besar campur tangan dengan membuat perubahan dalam PBSNT," Katanya.

Walaubagaimanapun memorandum para penyokong tersebut tidak dapat diserahkan disebabkan tiada wakil daripada Menteri Besar ketika itu. Sepanjang demonstrasi tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan para penyokong bersurai kira-kira jam 6 petang.





No comments:

Post a Comment