Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Fadzli Shaari Mahu Cipta Kejayaan Bersama T-Team



Penyerang terbaru T-Team Fadzli Shaari berazam ingin membantu pasukan barunya ini mencipta kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim depan. Setelah pulih daripada kecederaan bekas penyerang kebangsaan ini mahu mengembalikan prestasi terbaiknya dan seterusnya membuktikan dirinya antara penyerang terbaik negara.

Kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan T-Team kepadanya ingin dibalas dengan memberi sepenuh komitmen pada pasukan bagi perolehi kejayaan bermakna. “Saya berbesar hati dengan pengurusan T-Team, khususnya jurulatih (Yunus Alif) yang memberi sepenuh kepercayaan dalam menajamkan lagi jentera serangan kelab ini. Dengan diperkuatkan tenaga import, saya harap T-Team bukan saja mampu meraih piala, malah mampu memberi cabaran kepada pasukan yang lebih handal,” jelas Fadzli.

Fadzli yakin T-Team mampu pergi jauh musim depan memandangkan kejayaan T-Team layak ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama musim ini. Prestasi dan juga persembahan mantap inilah memberi harapan serta membuatkan dirinya tertarik untuk menyertai T-Team musim depan.



No comments:

Post a Comment