Pemain pertahanan tengah Skuad Harimau Muda Muslim Ahmad mempunyai alasan tersendiri menyertai Terengganu dalam saingan liga musim depan. Muslim menjelaskan selain mahu membantu negeri kelahirannya dalam saingan Liga M yang dianggap lebih mencabar dengan kehadiran pemain import, dia juga ingin menimba pengalaman beraksi dalam saingan Piala AFC.
Pemain yang berasal dari Kuala Terengganu ini juga turut menyimpan hasrat untuk memiliki koleksi kejuaraan Liga Malaysia iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super. Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak Muslim tidak pernah lagi memiliki kejuaraan tersebut setelah mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa iaitu memenangi pingat emas Sukan Sea dan kejohanan Piala Suzuki AFF.
“Saya sudah berjaya mencapai kejayaan di peringkat Asean, namun tiga trofi Liga Malaysia belum lagi saya kecapi, saya ingin menambah kemanisan kejuaraan dengan memenangi trofi ini,” Muslim.
No comments:
Post a Comment