Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Aksi Persahabatan : Penyu Uji Import Menentang Kijang



Terengganu akan menentang Kelantan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam esok. Dalam perlawanan itu nanti Skuad Penyu akan menguji 2 pemain import iaitu Francis Doe Forkey dan Erison Da Silva Santos untuk diserapkan ke pasukan. Kedua-dua pemain ini akan memperkuatkan lagi Skuad Penyu untuk mengharungi saingan Piala AFC yang akan bermula Mac depan jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Francis Doe yang berasal dari Cameroon sebelum ini bermain di Divisyen 1 Liga Mesir bersama Al-Ahly. Beliau juga pernah bermain di MSL bersama New York Red Bulls pada tahun 2007. Sementara Da Silva yang berasal dari Brazil bermain di posisi tengah  pula beraksi di Liga Bulgaria bersama Slavia Sofia. Perlawanan ini juga penting bagi Mat Zan Mat Aris untuk menilai keupayaan sebenar para pemainnya di samping mencari keserasian dalam membentuk pasukan yang mantap.

Perlawanan yang dianggap east coast derby ini sudah pasti akan menarik perhatian kedua-dua penyokong kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri.





No comments:

Post a Comment