Skuad Penyu terpaksa melupakan khidmat seorang dari 2 pemain importnya iaitu Tercio Nunes Machado untuk saingan Liga Super musim depan. Ini kerana pendaftaran pemain yang berasal dari Brazil ini telah ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Antara syarat-syarat FAM adalah pemain import yang hendak diambil mestilah yang bermain di Divisyen 2 dan keatas Liga di Eropah dan Amerika Selatan manakala Divisyen 1 untuk Liga di Asia. Inilah antara sebab pendaftaran Tercio Nunes ditolak yang mana sebelum ini beliau hanya bermain di Divisyen 3 Liga Brazil. Ianya amat merugikan tatkala pasukan memerlukan khidmat pemain import bagi mengharungi saingan yang lebih mencabar musim depan.
Apakah Pihak Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mengertahui atau tidak di maklumkan oleh FAM tentang syarat-syarat pengambilan pemain import. Amat MUSTAHIL berlaku sedemikian... lebih-lebih lagi syarat yang PENTING sebegini... Jadi dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan...???
Kini Terengganu hanya bergantung kepada seorang sahaja pemain import iaitu Mohammadou Suamarez dari Gambia. Walau bagaimanapun Terengganu masih lagi dapat menggunakan khidmat pemain import dalam Liga M apabila FAM membuka pandaftaran untuk pemain import April nanti.
No comments:
Post a Comment