Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Penyu Intai Import Untuk Piala AFC



Bagi memperkuatkan lagi pasukan, Terengganu akan mencari seorang lagi pemain import untuk menghadapi kejohanan Piala AFC Mac tahun depan. Terengganu akan menguji beberapa pemain import sebelum berakhir tarikh pendaftaran pada 6 Feb 2012. Naib Yang Dipertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheikh Yusof menjelaskan kebanyakan pemain yang akan diuji adalah dari Benua Amerika dan Afrika. Jika semuanya berjalan dengan lancar ujian tersebut mungkin akan selesai dalam masa 3 ke 4 hari.

Dalam pada itu beliau yakin Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang akan digunakan dalam kejohanan Piala AFC nanti akan mendapat kelulusan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Buat masa ini SSINS sedang melalui proses penambahbaikan terutamanya bilik persalinan pemain, bilik mesyuarat dan juga lampu limpah bagi menepati kriteria yang telah ditetapkan AFC. AFC dijadualkan akan membuat pemeriksaan pada Februari tahun depan.  


.

No comments:

Post a Comment