Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Piala AFC : Aksi Terengganu Sebelah Petang



Semua perlawanan Terengganu dalam kejohanan Piala AFC tahun depan terpaksa dilangsungkan pada waktu petang berikutan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah tidak mencapai tahap piawaian yang di tetapkan. Bagi kejohanan ini AFC menetapkan lampu limpah sesebuah stadium mestilah sekurang-kurangnya 1400 lux Buat masa ini lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah hanyalah 800 lux dan difahamkan Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan membaiki bagi menambah pencahayaan lampu limpah tersebut.

Menurut Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, kos baik pulih memerlukan perbelanjaan yang besar kerana terpaksa memasang tiang serta kebel baru. Tambah beliau Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk memasang lampu limpah seperti yang ditetapkan tetapi tidak mahu buat kerja 2 kali kerana tahun lepas lampu limpah di stadium ini telah pun dibaiki untuk mencapai standard FAM iaitu 800 lux.

Terengganu telah melayakan diri ke kejohanan Piala Asia buat pertama kali setelah muncul juara Piala FA musim ini. Dalam kejohanan ini nanti Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama-sama pasukan Kitchee dari Hong Kong, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tempenis Rovers (Singapura). Perlawanan pertama adalah pada 6.3.2011 menentang Song Lam Nghe An di tempat lawan.





No comments:

Post a Comment