Penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya mahu mengatasi jumlah jaringan yang di lakukannya pada musim ini pada saingan musim depan. Beliau menyasarkan sekurang-kurangnya menjarigkan 25 gol dan seterusnya berazam mahu mempertahankan gelaran penjaring terbanyak Liga Super yang di menangi musim ini.
Bagaimana pun Hadi menjelaskan ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun dengan kerja keras serta bantuan daripada rakan-rakan tidak mustahil impian ini dapat di realisasikan. Tambah beliau lagi dengan kehadiran jurulatih Mat Zan Mat Aris yang berpengalaman juga sedikit sebanyak dapat membantu untuk menggapai impianya ini. Walaupun dengan kehadiran pemain import pada musim depan, Hadi berikrar akan memberikan fokus sepenuhnya dan beraksi sehebat gelaran yang di berikan ini.
"Untuk mempertahankan memang sesuatu yang sukar tambahan lagi dengan kehadiran pemain import yang akan memberikan cabaran namun saya akan cuba membuat yang terbaik," Abdul Hadi Yahya.
No comments:
Post a Comment