Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Pertahankan Piala FA : Laluan Berliku Buat Penyu



Dalam undian Piala FA yang berlangsung semalam kedua pasukan dari Terengganu ini berada di kumpulan yang berbeza. Terengganu berada di kumpulan A manakala T-Team pula di kumpulan B.

Terengganu dilihat tidak mempunyai masalah berdepan PDRM untuk melepasi pusingan pertama, namun laluan gentir menanti di peringkat seterusnya. Terengganu dijangka akan bertemu ATM di pusingan kedua, Lions XII pada suku akhir dan Selangor atau Negeri Sembilan di separuh akhir. Sementara Laluan T-Team juga dilihat agak berliku. Di pusingan pertama T-Team akan berdepan dengan Johor dan Felda United akan menanti di peringkat kedua. Sekiranya melepasi peringkat ini laluan lebih sengit akan di tempuhi di suku akhir dan juga separuh akhir iaitu Kedah dan Kelantan menanti mereka.

Juara kumpulan A dan juara kumpulan B akan membuat perhitungan di peringkat akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan bergelar Juara Piala FA 2012. Perlawanan pusingan pertama akan bermula pada 18 Februari 2012 manakala perlawanan akhir pada 19 Mei 2012.




No comments:

Post a Comment