Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Skuad Penyu 2012



Dalam menghadapi musim 2012 Terengganu telah mengekalkan semua pemain-pemain terbaiknya seperti Marzuki Yusof, Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin, Joseph Kalang Tie, Resyafiq Alwi dan juga Hadi Yahya.

Kehadiran semula Mat Zan Mat Aris mengantikan Irfan Bakti yang telah berhijrah ke Selangor mungkin akan membawa nafas baru buat pasukan Terengganu. Namun Mat Zan Mat Aris yang pernah mencipta sejarah buat Terengganu pada 2001 akan menghadapi cabaran besar bagi meneruskan kecemerlangan yang ditinggalkan Irfan Bakti pada musim 2011. Walau bagaimana pun Mat Zan Mat aris dilihat tidak mempunyai masalah besar untuk membentuk pasukanya kerana beliau memiliki sebuah pasukan cukup sempurna dari semua posisi yang dibarisi pemain berkaliber.

Di posisi penjaga gol sudah pasti Sharbinee Allawee adalah pilihan utama menjadi benteng terakhir Skuad Penyu. Kemasukan pemain Harimau Muda Faizal Muhammad dan juga Muslim Ahmad yang akan memantapkan lagi benteng pertahanan memberi banyak pilihan kepada Mat Zan. Ketua pasukan Marzuki Yusof dijangka akan bergandingan dengan Muslim Ahmad di bahagian pertahanan tengah. Sementara Zubir Azmi bakal mengisi posisi bek kiri serta Faizal diramal di posisi bek kanan.


Jentera tengah pasukan Terengganu sudah pasti akan dikemudikan seorang pemain import dari Brazil iaitu Erison Da Silva Santos bersama-sama dengan Ismail Faruqi, Ahmad Nordin Alias, Resyafiq Alwi mahupun Shukor Jusoh. Manakala 2 pemain lincah Ashaari Shamsudin dan Joseph Kalang Tie menjadi taruhan Mat Zan di bahagian sayap.

Sementara di bahagian serangan pula Mat Zan mempunyai 4 penyerang yang boleh diharapkan iaitu Hadi Yahya, Manaf Mamat, Ailim Kamaruddin serta Francis Frankey Doe. Berikut senarai penuh Skuad Penyu musim 2012  

Pengurus
Datuk Che Mat Jusoh

Jurulatih 
Mat Zan Mat Aris

Senarai pemain
1. Sharbinee Alawee
2. Sharmiza Yusof
3. Mohd Saifuddin Mokhtar
4. Faizal Muhammad 
5. Muhaimin Omar
6. Muslim Ahmad 
7. Nik Zul Aziz Nawawi
8. Hasmizan Kamaruddin
9. Mazlizam Mohammad
10. Zubir Azmi
11. Marzuki Yusof 
12. Hariri Mohd Safii 
13. Reeshafiq Alwi
14. Ismail Faruqi
15. Shamsul Kamal Mohamad
16. Joseph Kalang Tie
17. Ahmad Nordin Alias
18. Shukor Jusuh 
19. Ashaari Shamsuddin
20. Fakhrurazi Musa
21. Abdul Hadi Yahya
22. Mohd Ailim Kamaruddin
23. Abdul Manaf Mamat
24. Erisom Da Silva Santos
25. Francis Frankey Doe



1 comment:

  1. Ho nitoh. Skuad terkuat musing ni. At least 2 cups insya allah. League n fa

    ReplyDelete