Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu, T-Team Idam 3 Mata Penuh



Turun tanpa pemain import Skuad Penyu tetap bersemangat dan memasang impian untuk membawa pulang 3 mata penuh dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super menentang Perak malam ini. Dengan hanya bersandarkan sepenuhnya kepada pemain tempatan Mat Zan Mat Aris yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk mencatat kemenangan pada perlawanan ini nanti.

Ketiadaan pemain import sudah pasti Mat zan mengharapkan kepada 3 serangkai iaitu Ashaari Samsuddin, Hadi Yahya serta Manaf Mamat untuk merobek gawang Perak. Selain itu kehadiran pemain Harimau Muda Muslim Ahmad dan juga Syukor Jusoh yang akan bergandingan dengan pemain senior diharap mampu mengekang setiap asakan lawan terutamanya di bahagian tengah dan pertahanan. Mat Zan menjelaskan beliau telah membuat perancangan serta strategi bagi memastikan Terengganu tidak pulang hampa. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan anak buahnya perlu waspada dengan pasukan Perak yang diperkuatkan 2 pemain import.

Dalam pada itu, T-Team yang akan melayani Kedah di Kuala Terengganu tidak dapat menurunkan penyerang utamanya Fadzli Shaari akibat kecederaan. Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata ketiadaan Fadzli tidak menjejaskan rentak pasukannya kerana kombinasi pemain lain bersama pemain import Zacharia Simukonda di posisi serangan semakin serasi. Jika keserasian dan juga prestasi sebagaimana ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan dibuktikan pada perlawanan malam ini, beliau yakin T-Team boleh menewaskan Kedah dan seterusnya mengutip 3 mata berharga.



No comments:

Post a Comment