Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Terengganu, T-Team Menang Bergaya



Setelah isu pemain import selesai, Skuad Penyu bagaikan mendapat nafas baru apabila berjaya membenam Felda United FC 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Turun dalam misi mencatat kemenangan pertama, Skuad Penyu dilihat garang dengan asakan demi asakan ke kubu lawan.

Terengganu tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila pemain tengah Ismail Faruqi merembat kencang untuk gol pendahuluan pada minit ke-11. Selepas itu tiada jaringan tambahan dapat dilakukan Terengganu apabila usaha anak-anak buah Mat Zan untuk menambah jaringan dapat dipatahkan barisan pertahan Felda United FC.

Bersambung separuh masa kedua Terengganu tampil lebih aggresif serta teratur bagi memburu gol  seterusnya. Berdepan dengan 10 pemain selepas pemain Felda United FC Mohd Nazri Ahmad dilayangkan kad merah nyata tidak dipersiakan barisan Terengganu apabila berjaya menambah jaringan. Pemain sensasi Terengganu Ashaari Shamsudin atau lebih mesra dengan panggilan `Saha` meledak 2 gol pada minit ke-73 dan 90 permainan. Kejayaan ini sudah pasti memberi keceriaan kepada penyokong untuk melihat kebangkitan Terengganu setelah tewas pada perlawanan pertama Selasa lalu.

Sementara itu T-Team terus melakarkan rentak kemenangan keduanya untuk terus berada dipuncak Liga Super. Anak-anak buah Yunus Alif yang turun ke Stadium Hang Jebat lebih awal iaitu beraksi pada sebelah petang mempamerkan persembahan bertenaga untuk menewaskan Kuala Lumpur 3-0. T-Team yang mendominasi permainan banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

Masuk ke bilik persalinan memberi sedikit keselesaan apabila berjaya di hadapan hasil jaringan Zairo Anuar Zailani pada minit ke-30. Selepas rehat Zacharia Simukonda menjaringkan gol kedua T-Team pada minit ke-69 menerusi tandukan. Zairo Anuar Zailani sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan meledak gol ketiga pada minit ke-79 permainan.




No comments:

Post a Comment