Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Doe, Baiano Turun Beraksi Menentang Sarawak



Hasrat penyokong Skuad Penyu untuk melihat 2 pemain import iaitu Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos beraksi akhirnya tercapai. Kedua-dua pemain yang didaftarkan oleh PBSNT ini telah pun lulus syarat yang ditetapkan oleh FAM termasuklah ujian kesihatan.

Semalam Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh menyatakan PBSNT sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi membolehkan Doe dan Baiano beraksi. Sekiranya segala urusan selesai kedua pemain ini akan diterbangkan ke Kuching pagi ini untuk pertemuan menentang Sarawak. Perlawanan pada malam ini merupakan kali pertama Doe dan Baiano diturunkan setelah mengikat kontrak awal Januari lalu.




No comments:

Post a Comment