Penyerang import Skuad Penyu yang pertama kali diturunkan Francis Fronkey Doe nyata tidak mengecewakan dan sekali gus membalas kepercayaan yang diberikan dengan jaringan tunggalnya berjaya menewaskan Sarawak 1-0 di Kuching malam tadi.
Jaringan sulong Doe ini membayangkan pemain ini dahagakan sentuhan selepas diketepikan daripada 2 perlawanan terdahulu akibat kontroversi. Jaringan pemain dari Liberia ini tercipta pada minit ke-37 apabila merembat kencang ke pintu gol Sarawak setelah menerima hantaran silang Ashaari Shamsudin. Selepas jaringan pembukaan ini anak-anak buah Mat Zan Mat Aris gagal untuk melepasi benteng pertahanan Sarawak bagi menambah jaringan. Dalam perlawanan ini Sarawak banyak menguasai permainan, namun kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Marzuki Yusof berjaya mematahkan setiap serangan bertali arus ke kubu Sharbinee daripada dibocori.
Dalam pada itu di Kuala Terengganu, T-Team hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Sabah . Padang basah akibat hujan yang turun sedikit menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan. Selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas lawan sebelum ini, T-Team bermula garang dengan membuat asakan demi asakan di awal permainan. Beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan terhasil menerusi Zacharia Simukonda terutama pada minit ke-11 dan 14 namun dipersiakan-siakan. Kecemerlangan penjaga gol, Iqbal Suhaimi juga banyak menyelamatkan percubaan berbahaya barisan depan Sabah ke arah pintu golnya dari dibolosi.
Hasil keputusan seri ini T-Team memperolehi mata yang sama dengan Kelantan namun masih lagi menerajui liga dengan perbezaan jaringan. Sementara Terengganu melonjak ke tangga ke tiga liga.
No comments:
Post a Comment