Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

AFC Buat Pemeriksaan 28 Februari



Persatuan Bola Sepak Asia  (AFC) akan mengadakan pemeriksaan terhadap Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada 28 Februari ini. Delegasi AFC tersebut akan menentukan samada Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah bersedia ataupun tidak untuk menjadi venue bagi perlawanan Piala AFC yang akan bermula Mac ini.

Sekiranya gagal melepasi syarat yang ditetapkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terpaksa mencari venue lain bagi mengharungi semua perlawanan dalam kejohanan ini. Sebelum ini difahamkan semua perlawanan Piala AFC bagi Skuad Penyu akan diadakan pada sebelah petang memandangkan hanya lampu limpah stadium yang tidak memenuhi syarat ditetapkan AFC. Skuad Penyu akan memulakan aksi pertama menentang kelab dari Vietnam iaitu Song Lam Nghe An pada 6 Mac ini di tempat lawan.





No comments:

Post a Comment