Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Mat Zan Kecewa



Disebalik kemenangan berharga yang diperolehi Skuad Penyu keatas Kuala Lumpur Sabtu lalu, jurulatihnya Mat Zan Mat Aris jelas tidak berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya. Beliau sedikit kecewa dengan tahap serta corak permainan di kesemua posisi kerana tidak berfungsi sebaiknya disamping banyak melakukan beberapa kesilapan mudah.

“Corak pemain pada perlawanan ini (Kuala Lumpur) sedikit mengecewakan kerana semua posisi pertahanan, tengah dan penyudah gagal bermain baik dan kami bernasib baik dapat menjaringkan gol,” katanya. Dalam perlawanan tersebut, penyerang import Francis Forkey Doe menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol pada minit ke-60 untuk mencatat kemenangan tipis 1-0.

Mat Zan menjelaskanselepas ini beliau akan menilai serta mengenapasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memperkuatkan setiap posisi terutamanya menjelang pertemuan dengan Song Lam Nghe An dalam saingan Piala AFC Selasa ini. Beliau berkata anak-anak buahnya perlu menguatkan mental dan fizikal kerana perlawanan selepas ini amat genting. Saingan Piala AFC memang satu cabaran besar buat Skuad Penyu dan Mat Zan berharap anak buahnya dapat mempamerkan persembahan bermutu.




No comments:

Post a Comment