Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Piala AFC : Tekanan Buat Mat Zan



Turun berdepan Song Lam Nghe An dalam saingan Piala AFC malam ini memberi sedikit tekanan buat Mat Zan Mat Aris bagi mengembalikan sokongan penyokong Terengganu ekoran cemuhan terhadap prestasi hambar dalam kempen liga tempatan.

Mat Zan mengakui beliau kini berdepan tekanan hebat daripada para penyokong menjelang perlawanan pada malam ini. Oleh itu hanya kemenangan sahaja yang mampu mengembalikan maruah pasukan selepas dikritik hebat sebelum ini. Jelas Mat Zan pertemuan dengan kelab dari Vietnam di gelanggang sendiri ini amat penting bagi memastikan peluang ke pusingan kedua menjadi kenyataan.

Mat Zan berharap para pemainnya dapat mengulangi kejayaan menewaskan lawan yang sama pada pertemuan pertama Mac lalu di hadapan penyokong sendiri malam ini. Walaupun keletihan menghadapi jadual perlawanan yang padat, para pemain Terengganu bertekad akan memberikan aksi terbaik bagi menebus kekecewaan tewas kepada Sime Darby Selasa lalu. Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan antaranya kapten pasukan Sharbinee Allawee, Manaf Mamat dan juga Syukur Jusoh.

Kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh Mat Zan malam ini dengan Formasi (4-4-2)

Penjaga Gol
Sharmiza

Pertahanan
Muslim (c), Faizal Mamat, Mazlizan, Zubir

Tengah
Ashaari, Joseph, Baino, Ismail Faruqi

Penyerang
Forkey Doe, Hadi Yahya



No comments:

Post a Comment