Pada aksi pertama Separuh Akhir Piala FA semalam, Terengganu yang juga juara bertahan diaibkan pasukan Liga perdana Sime Darby FC 1-2. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah menyaksikan permainan hambar dipamerkan oleh anak-anak buah Mat Zan Mat Aris.
Ketiadaan Zubir Azmi dibahagian pertahanan serta Ismail Faruqi dibahagian tengah jelas membawa kepada kepincangan pasukan Terengganu. Bahagian tengah yang dikemudi Shukor Jusoh tidak berfungsi dengan baik serta gagal membuat hantaran untuk rakan dihadapan dengan mudah dikuasai sepenuhnya oleh Sime Darby. Pada minit ke-52 pelawat membuka tirai jaringan hasil kesilapan Francis Forkey Doe yang membuat hantaran liar terus disambar Patrick Ronaldinho menewaskan Sharbinie.
Namun selepas itu Francis Forkey Doe menceriakan ribuan penyokong Terengganu dengan gol penyamaan pada minit ke-65 hasil hantaran Joseph Kalang Tie. Ketika permainan nampak akan berkesudahan dengan keputusan seri, pemain gentian Syukur Saidin menjaringkan gol kemenangan Sime Darby di minit akhir permainan. Aksi kedua separuh akhir akan berlangsung di Stadium Selayang pada 1 Mei ini.
“Peluang kami ke final masih terbuka. Ada 90 minit lagi aksi dan kami akan bermati-matian berjuang untuk layak,” Mat Zan.
No comments:
Post a Comment