Berhubung kemelut isu kontrak antara Mat Zan Mat Aris dengan PBSNT yang kini tampak menuju kepada satu senario yang bakal mencetuskan kontroversi. Presidenya Datuk Che Mat Jusoh bersedia berunding bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.
PBSNT sentiasa memberi ruang kepada Mat Zan untuk berbincang mengenai isu berbangkit termasuk hal-hal berkaitan pampasan serta surat peletakan jawatan. Datuk Che Mat meminta Mat Zan agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan terus memanjangkan isu berkaitan kerana pintu rundingan masih lagi terbuka buat bekas pengendali Kuala Lumpur itu. Datuk Che Mat menjelaskan keputusan menamatkan kontrak Mat Zan bukanlah untuk merampas serta menafikan haknya sebaliknya demi masa depan bola sepak Terengganu. Tindakan drastik perlu dilakukan memandangkan Mat Zan dilihat telah gagal membimbing Terengganu sepertimana yang dikehendaki oleh pihak PBSNT.
Semalam Mat Zan melahirkan kekecewaan mengenai tindakan PBSNT menamatkan kontraknya bertitik tolak selepas kegagalan Terengganu mara ke final Piala FA. Ekoran daripada itu juga PBSNT mengarahkan Mat Zan berehat selama dua minggu bermula 1 Mei lalu. Mat Zan menegaskan betapa dia tidak tahu langsung dengan keputusan yang telah dibuat oleh PBSNT mengenai statusnya sebagai pengendali Terengganu. Sebaliknya tempoh rehat ke atasnya telah dilanjutkan sehingga 31 Mei dan diberi surat tunjuk sebab bertarikh 14 Mei diatas kemerosotan pasukan Terengganu. Mat Zan berkata perkara ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan baik sekira haknya dapat dipersetujui PBSNT.
Bermula 1 Jun ini PBSNT telah mengumunkan Peter James Butler sebagai pengendali Terengganu yang baru dengan menandatangani kontrak selama 18 bulan bagi menjulang kembali prestasi Skuad Penyu ke tahap tertinggi.
No comments:
Post a Comment