Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

T-Team Senarai Pemain Baru



Bagi mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Aidilfitri ini, Skuad T-Team telah berjaya mendapatkan khidmat 6 pemain baru bagi memperkuatkan lagi pasukan. Antara pemain tersebut adalah Mohd Fitri Omar (MP Muar), Mohd Jibrail Kamaron Baharin (Pos Malaysia) serta Mohd Faiz Subri (Perlis). Selain itu T Team juga di perkuatkan dengan kehadiran 3 pemain dari Skuad Piala Presiden iaitu Kamarul Bahrin Abdullah, Al- Amin Jusoh dan Khairo Anuar.    
Bagi jurulatih T Team Yunus Alif, kehadiran pemain ini di harap dapat memperkemaskan lagi pasukannya terutama di posisi serangan dan seterusnya memberi saingan kepada semua pasukan bertanding. Bagi memastikan pemain-pemain T Team berada di tahap kecergasan dan prestasi terbaik, latihan tetap di jalankan sepanjang bulan ramadan ini. Yunus Alif berharap pasukannya yang rata-rata di barisi pemain berpengalaman dan juga baru mampu mencipta kejutan dalam saingan Piala Malaysia ini nanti.


1 comment: