Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Datuk K.Rajagobal Panggil Joseph Kalang Tie



Selepas aksi membanggakan ketika menentang Chelsea tempoh hari, pemain tengah Terengganu Joseph Kalang Tie terus mendapat kepercayaan Datuk K.Rajagobal untuk disenaraikan dalam Skuad Harimau Malaya. Selain Joseph pemain berpengalaman yang juga bekas pemain kebangsaan Norhafiz Zamani Misbah serta Farizal Marlias turut tersenarai. Ketiadaan beberapa pemain Skuad Olimpik menyaksikan ramai pemain baru tetapi tidaklah asing dalam Skuad Harimau Malaya sebelum ini disenaraikan  

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil Datuk K.Rajagobal yang akan melapor diri di Wisma FAM Kelana Jaya pada 3 Ogos 2011

Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie   (Terengganu)
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim   (Selangor)
Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen   (Kedah)
Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan   (Negeri Sembilan)
Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari   (Kelantan)
Shahrizal Mohd Saad   (Johor FC)
Faizal Muhammad   (Harimau Muda A)
Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali   (Kuala Lumpur)
Safee Sali   (Pelita Jaya)


2 comments:

  1. Salah satu playmaker yg boleh dicuba oleh dato Rajagobal..

    ReplyDelete
  2. hrp joe gna pluang ni tuk tnjk kupayaan dia

    ReplyDelete