Pertembungan 2 gergasi Pantai Timur di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan malam ini makin hangat diperkatakan. Malah ada yang menyifatkan perlawanan ini adalah 'Perlawanan Akhir' bagi Piala Malaysia musim ini kerana menemukan sang juara.
Dalam misi memburu slot ke separuh akhir, Juara Piala FA 2011 Terengganu perlu mengatasi Juara Liga Super 2011 ini walaupun di akui Kelantan sebuah pasukan yang kuat dan sukar untuk ditewaskan lebih-lebih lagi di tempat sendiri. Jika dilihat rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini adalah seimbang dan tidak mustahil Skuad Penyu mampu menewaskan Sang Kijang seperti mana yang dilakukan pada Final Piala FA lalu. Dalam pertemuan Liga Super pula Kedua-dua pasukan ini terikat dengan keputusan seri 1-1 di Kota Bharu namun Terengganu tewas 3-0 pada pertemuan kedua di Kuala Terengganu.
Irfan Bakti menjelaskan pemainnya tidak takut dan gentar untuk berdepan dengan anak buah Datuk M Karathu malah yakin dengan kemampuan yang ada pada pasukannya. Kelantan memang dilihat pilihan dalam pertemuan ini namun itu hanyalah di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung. Tambah beliau lagi pengalaman menentang Kelantan dalam aksi Liga Super dan perlawanan akhir Piala FA banyak memberi maklumat kepadanya mengenai kekuatan serta kelemahan pasukan lawannya ini. Kelantan merupakan pasukan yang mempunyai corak permainan yang pantas dan beliau tahu bagaimana cara untuk berdepan serta mengekang setiap serangan pasukan ini.
Irfan Bakti akan lebih menumpukan kepada aspek kecergasan para pemainnya kerana mengakui akan menghadapi 2 perlawanan yang sukar sama ada di Kuala Terengganu mahu pun di Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment