Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Waspada Ancaman Sabah



Sebelum ini T-Team berjaya menewaskan Sabah dalam saingan Liga Super, namun ianya tidak boleh dijadikan ukuran dalam pertemuan ketiga di peringkat suku akhir Piala Malaysia nanti. Sabah yang tidak di anggap pilihan untuk mara ke suku akhir telah membuktikan mereka bukannya pasukan underdog. Ini terbukti dengan persembahan yang di pamerkan di peringkat kumpulan yang mana telah berjaya menewaskan pasukan pilihan Kedah.
Jurulatih T-Team Yunus Alif menyifatkan Sabah sebagai ancaman besar kepada pasukannya dalam meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya. Justeru beliau telah mengingatkan semua pemainnya lebih fokus dan jangan ambik mudah dalam pertemuan itu nanti kerana apa pun boleh berlaku. Tambah beliau lagi walaupun pasukannya di barisi pemain ternama dan berpengalaman tidak mustahil Sabah mampu menundukkan mereka.
T-Team akan mengamalkan tektik menyerang selain memantapkan barisan pertahanan bagi memastikan mendapat bekalan selesa untuk di bawa pulang ke Kuala Terengganu. Yunus Alif juga berharap semua pemainnya bebas daripada mengalami sebarang kecederaan yang mana ianya boleh menjejaskan persiapan pasukan. T-Team sudah pun berlepas ke Kota Kinabalu semalam dan akan membuat perhitungan dengan Sabah pada 10 Oktober untuk perlawanan pertama sebelum pertemuan kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu 14 Oktober ini.


No comments:

Post a Comment