Perasaan kecewa tetap ada di hati pengempur utama Skuad Penyu Abdul Hadi Yahya selepas tidak di panggil Datuk K Rajagobal untuk membarisi skuad negara menentang Australia semalam. Namun ianya tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain kelahiran Klang, Selangor ini untuk membantu Terengganu memburu impian melangkah ke Final Piala Malaysia 2011. Malah Hadi kini tidak sabar untuk turun menentang Kelantan dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia Isnin ini di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu.
Dalam perlawanan itu nanti Hadi berazam serta memasang impian untuk mempamerkan aksi terbaiknya bagi membawa Terengganu bekalan selesa sebelum bertandang ke Kota Bharu pada 14 Oktober. Dalam saingan peringkat kumpulan pemain yang berusia 26 tahun ini gagal menjaringkan sebarang gol dalam 6 perlawanan. Hadi yang berjaya meledak 20 gol di peringkat Liga Super mengakui penyudahnya agak tumpul di peringkat kumpulan Piala Malaysia. “Penyudah saya kurang menjadi di peringkat kumpulan biarpun sudah berhempas pulas memburu jaringan. Namun saya berazam untuk mengakhiri badi tanpa jaringan ini pada pertemuan dengan Kelantan nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment