Terengganu berjaya mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas Kelantan dalam perlawanan suku akhir pertama malam tadi di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Walau bagaimana pun perlawanan yang memang di jangka sengit serta tegang itu telah di cemari dengan layanan 10 kad kuning serta 5 kad merah.
2 daripada 5 kad merah yang di layankan oleh pengadil Nafeez Wahad adalah kepada Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Zubir Azmi manakala 3 lagi kepada Kelantan Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin serta Aziz Ismail. Ismail Faruqi berjaya meletakkan Terengganu di hadapan pada minit ke-43 permainan. Kelebihan satu gol ini tidak bertahan lama apabila Badri Radzi menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78. Namun 2 gol masing-masing dari Manaf Mamat setelah memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88 dan Marzuki Yusof melalui sepakan percuma memastikan Terengganu membawa bekalan selesa ke Kota Bharu jumaat ini.
Sementara itu T-Team menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu dan membawa pulang kelebihan jaringan di tempat lawan bagi pertemuan kedua di Kuala Terengganu jumaat nanti. T-Team terlebih dahulu di haapan menerusi Indra Putra pada minit ke-34 sebelum Alto Linus kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-46. Indra Putra muncul wira T-Team apabila menjaringkan gol kemenangan di minit akhir permainan.
No comments:
Post a Comment