Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Stadium Shah Alam Venue Perlawanan Akhir



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan venue Pelawanan Akhir Piala Malaysia 2011 yang dijadualkan pada 29 Oktober ini akan diadakan di Stadium Shah Alam Selangor. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan venue asal perlawanan akhir sebelum ini iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana masih dalam proses penyelenggaraan. FAM dimaklumkan ketika ini Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja penyelenggaraan trek sedang dijalankan. Menurut Azzuddin pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini adalah tepat kerana syarat venue untuk perlawanan akhir Piala Malaysia haruslah diadakan di Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment