Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

T-Team Perlu Fokus



Bekalan 2 gol di tempat lawan yang di jaringkan oleh Indra Putra telah memberikan keselesaan untuk T-Team mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini. Dalam perlawanan suku akhir pertama isnin lalu T-Team meneruskan rentak cemerlangnya apabila menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas Kota Kinabalu.
Jurulatih T-Team Yunus Alif memuji para pemainnya kerana dapat memberikan komitmen pada perlawanan serta menyerap tekanan ketika berdepan lebih 15,000 penyokong pasukan lawan. Namun Yunus memberi peringatan kepada pemainnya agar tidak leka dan terlalu berpuas hati dengan kemenangan ini kerana masih ada 90 minit lagi yang akan menentukan segalanya. Beliau berkata "Memang dua gol ini cukup besar buat kami lebih-lebih lagi ia dihasilkan di tempat lawan. Secara matematiknya, kelebihan memang memihak kepada T-Team. "Bagaimanapun, kami masih mempunyai 90 minit dan sudah semesti para pemain tidak boleh terlalu leka dengan kelebihan yang ada".

Tambah Yunus lagi Sabah datang ke Kuala Terengganu jumaat ini sudah pasti akan menyerang abis-abisan bagi memburu gol. Justeru beliau tidak mahu para pemainnya terperangkap dan terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan kerana ianya akan memberi tekanan kepada pasukan. Dalam perlawanan jumaat nanti Yunus berharap para pemainnya mengekalkan rentak sedia ada serta menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri dalam misi mencipta sejarah mara ke separuh akhir.




No comments:

Post a Comment