Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

2 Kapten Idam Aksi Final

2 tonggak pertahanan yang juga kapten pasukan Rosdi Talib (T-Team FC) dan Marzuki Yusof (Terengganu FA) masing-masing menyimpan hasrat untuk beraksi sesama sendiri pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam 29 Oktober ini. Namun sebelum itu kedua-dua pasukan dari Terengganu ini perlu menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir iaitu Selangor dan Negeri Sembilan pada 18 dan 22 Oktober ini. Di atas kertas keempat-empat pasukan ini memiliki peluang yang seimbang untuk mara ke perlawanan akhir. Walau bagaimanapun kedua-dua kapten ini beranggapan hanya pasukan terbaik saja yang akan layak berada di pentas akhir Piala Malaysia musim ini.
Marzuki Yusof berkata Piala Malaysia merupakan kejohanan paling berprestij di Malaysia dan semua pemain pasti mahu beraksi di perlawanan akhir. Begitu juga beliau yang memang mengakui mengidam untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang kali terakhir melakukannya pada tahun 2001. Tambah Marzuki untuk mara ke pentas akhir Terengganu perlu mengharungi 2 aksi yang cukup sukar dan mencabar di peringkat separuh akhir menentang Selangor.
Bagi Rosdi Talib pula kejayaan T-Team mara ke separuh akhir merupakan 1 pencapaian yang membanggakan bagi sebuah pasukan berstatus kelab. Katanya kejayaan ini adalah hasil kerja keras pasukan yang mana pengalaman serta kegagalan beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super dan Piala FA banyak mengajar beliau dan rakan-rakannya. Kapten T-Team ini menyifatkan pasukannya kini sudah cukup matang dan kental dengan kehadiran beberapa pemain seperti Indra Putra Mahayuddin, NorFarhan Mohammad, Azizi Mat Rose serta Zairo Anuar Zailani. Namun pasukannya tetap menghormati lawannya di separuh akhir kerana Negeri Sembilan memiliki rekod cemerlang dalam saingan Piala Malaysia sejak beberapa tahun ini.


No comments:

Post a Comment