Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Piala AFC : Terengganu Tewas Perlawanan Kedua



Bermain dihadapan 10,000 penyokong sendiri gagal dimanfaatkan oleh Terengganu apabila tewas 0-2 kepada Kitchee FC dalam saingan Piala AFC petang semalam.
Terengganu yang turun dalam misi memburu kemenangan kedua dalam saingan ini menguasai keseluruhan permainan dan berrjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal disempurnakan barisan depan yang diketuai Francis Doe. Kekentalan benteng pertahan Kitchee FC juga menyukarkan anak-anak buah Mat Zan Mat Aris untuk memasuki kotak penalti.
Peluang terbaik Terengganu menghasilkan gol hadir menerusi Mazlizam dan juga Ismail Faruqi tetapi percubaan kedua pemain ini berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan. Pemain import Kitchee FC Jorge Tarres menjaringkan gol pertama pada minit ke-44 setelah menerima hantaran lintang rakan sepasukan menewaskan penjaga gol Terengganu Shamirza Yusoff.
Bersambung separuh masa kedua Terengganu terus melancarkan serangan menerusi Ashaari Shamsudin, Manaf Mamat serta Francis Doe namun gagal menebusi benteng pertahanan Kitchee FC. Kealpaan serta kesilapan mudah yang dilakukan pemain Terengganu telah membuka ruang buat pemain lawan menjaringkan gol kedua pada minit ke-74 menerusi kapten pasukan Chu Siu Kei. Kedudukan 0-2 ini kekal sehingga tamat perlawanan.
Terengganu kini di kedudukan kedua kumpulan F dengan 3 mata dan akan berkunjung ke Singapora pada 4 April menentang Tampines Rovers dalam perlawanan ketiga.



No comments:

Post a Comment