Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Fokus Pada Perlawanan : Muslim



Menjelang perlawanan kedua Skuad Penyu dalam saingan Piala AFC menentang Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang ini. Muslim Ahmad yang juga kapten pasukan meminta rakan-rakan berwaspada serta fokus pada permainan ketika melayan kunjungan wakil dari Hong Kong ini.

Walaupun tidak mengertahui kekuatan serta kemampuan Kitchee FC, tidak mustahil Skuad Penyu mampu memenangi perlawanan ini seperti mana yang dilakukan dalam perlawanan pertama ketika menentang kelab dari Vietnam Song Lam Nghe An. Muslim menjelaskan walaupun menghadapi jadual yang padat, ianya bukan satu alasan buat Skuad Penyu tidak dapat mempamerkan aksi terbaik.

Malah bergantung kepada prestasi semasa, beliau yakin keseluruhan pasukan sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan ini. Tambah Muslim lagi kejayaan menundukkan Sabah 6-3 Sabtu lalu dan juga layak ke suku akhir Piala FA menjadi pembakar semangat serta menaikkan moral kami sepasukan dalam menghadapi perlawanan ini.

Dalam pada itu, jurulatih Skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris sekali lagi mengingatkan pemainnya bahawa saingan Piala AFC ini amat berbeza dengan Liga Super. Corak permainan yang pantas dan aggresif membayangkan Skuad Penyu akan mendapat tentangan yang sengit dari pihak lawan. Oleh itu beliau akan membuat perubahan dan merangka strategi serta corak permainan berbeza dalam pertemuan ini nanti.



No comments:

Post a Comment