Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Penyu Berpesta Gol, T-Team Benam Lebah



Pasukan Mat Zan Mat Aris berpesta gol Di Kuala Terengganu apabila menewaskan Sabah 6-3 dalam aksi Liga Super malam tadi. Skuad Penyu membuka tirai jaringan pada minit ke-4 menerusi Ashaari Shamsuddin sebelum penyerang import Francis Forkey Doe meledak tiga gol pada minit ke-11, 13 dan 77. Abdul Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie melengkapkan malam gemilang Skuad Penyu dengan masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-42 dan ke-79 permainan. Manakala gol-gol Sabah disempurnakan oleh Zainizam Marjan minit ke-33, Brendan Gan minit ke-44 dan Rozaimi Abdul Rahman minit ke-64.


Sementara itu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, T-Team yang dikejutkan dengan jaringan pantas Johor FC bangkit untuk menewaskan tuan rumah 3-1. Pemain import Johor FC Arthur Henrique Bernhardt menjaringkan gol seawal minit pertama untuk meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan. Terkejut dengan jaringan tersebut, anak-anak buah T-Team terus memperkemaskan permainan. Pada minit ke-18 T-Team berjaya menyamakan kedudukan melalui Faiz Subri yang merembat deras dari luar kotak penalti menerjah gawang Johor FC. Khairul Izwan Khalid mencipta nama sebagai penjaring T-Team pada minit ke-79 untuk gol kedua sebelum Azrul Hazran Amiludin memastikan kemenangan buat pasukan di minit akhir permainan.



No comments:

Post a Comment